Thursday, 7 December 2017

UMNO Parti Yang Mendaulatkan Bangsa & Negara #PAU2017


Kuala Lumpur - Perwakilan dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Saudara Afzainizam Sulaiman bersetuju dengan ucapan dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menekankan soal ilmu dalam kerangka ucapan dasar sewaktu Persidangan Pemuda UMNO siang tadi.

Afzainizam berkata pada hari ini apabila kita berbicara soal pengundi muda dan persaingan daripada pelbagai pihak selain kita berada dalam persimpangan dan dilema kesan daripada sikap adu domba politik pihak pembangkang yang sudah sampai ke tahap melampau maka kita perlu faham bahawa  ilmu yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu adalah merujuk kepada ilmu menilai.

"Secara logiknya suka atau tidak kita harus menerima hakikat bahawa UMNO merupakan parti yang mendaulatkan bangsa Melayu di Malaysia namun tanpa kekuatan ilmu untuk menilai, bangsa Melayu dan orang-orang UMNO pasti berdepan keadaan yang sukar.

"Oleh sebab itu kerangka ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO Malaysia wajar dijadikan sebagai amanat penting dalam usaha kita mencapai kejayaan bersama".

Seterusnya berkaitan dengan keadaan sosial yang merujuk secara langsung kepada modal insan.

Tambah beliau pendekatan murni ini harus dilihat sebagai pemangkin kepada tiap usaha selepas ini kerana disinilah kita dapat membela anak-anak muda yang semakin dihimpit cabaran seterusnya UMNO dan Pemuda dilihat sebagai kumpulan terbaik untuk didekati seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda.

"UMNO selain daripada seiring dalam memperjuangkan dan mendaulatkan bangsa, parti ini juga harus memikirkan untuk melahirkan barisan pelapis yang berlimu, berakhlak dan beriman".

Manakala berkenaan ekonomi, ia merupakan agenda dimana selain daripada memikirkan perjuangan orang Melayu , perjuangan untuk melihat penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi juga harus diambil kira memandangkan cabarannya semakin mencabar.

"Sebagai contohnya dalam bidang E-Dagang, ia merupakan antara perkara penting kesan daripada perkembangan dan perubahan iklim ekonomi dunia maka ianya harus diberikan perhatian yang serius oleh semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia khususnya demi kelansungan perjuangan ekonomi orang Melayu di Malaysia".

Jadi itulah perjuangan yang ditekankan oleh pemuda kerana semua ini berkaitan dengan ketaatan ataupun walak dalam meneruskan kelansungan untuk memastikan PRU14 adalah milik Barisan Nasional dan UMNO.

Sementara itu sewaktu diminta mengulas tentang ucapan YB Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO sewaktu merasmikan persidangan serentak sayap-sayap, Afzainizam berkata parti UMNO terus komited dengan penekanan terhadap penyatuan dan kesepaduan.

Beliau berharap 7 perkara yang dibangkitkan oleh YB Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi diberikan perhatian serius oleh semua para perwakilan dan ahli-ahli UMNO diseluruh negara.



0 comments:

Post a Comment