Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang melabuhkan tirainya petang tadi amat luar biasa dengan kehadiran 2700 perwakilan serta lebih dari 30 ribu orang pemerhati kata Datuk Mohd Zaidi Haji Md. Said, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh sewaktu ditemui Penang Online.
Zaidi berkata setiap hari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi dengan ahli-ahli, pejuang-pejuang tegar UMNO dan pemerhati-pemerhati yang datang dari seluruh negara.
"Ini menunjukkan satu komitmen, satu semangat yang cukup tinggi dikalangan ahli-ahli parti bagi kita menempuh pilihanraya yang akan datang dalam tempoh tidak berapa lama lagi.
"Untuk kali ini juga kita nampak berdasarkan pada ucapan amanat presiden yang disampaikan dan juga sewaktu perasmian jelas sekali bahawa semangat ataupun 'winning mentality' yang disebut oleh YAB Presiden kita begitu menyentuh hati kebanyakkan pemerhati dan perwakilan yang hadir dan semangat ini berjaya diterapkan dengan baik oleh semua pembahas-pembahas.
"Saya rasa semangat ini akan dibawa balik ke kawasan masing-masing untuk ahli-ahli UMNO memperkuatkan dan memperkasakan lagi gerak kerja kita ke arah menempuh pilihanraya yang kita jangka BN dengan persiapan yang sangat luar biasa kali ini sebagaimana yang disebut oleh YAB Presiden, YAB Timbalan Presiden dan juga Datuk Seri Hishammuddin yang ketiga-tiganya bekerja secara luar biasa untuk BN dan UMNO menempuh pilihanraya pada kali yang ke-14 ini.
"Di peringkat kami saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh memang kita berada dalam suasana yang sangat bersedia untuk kita menempuh pilihanraya ini, sebab kita yakin dengan gerak kerja yang kita buat selama ini memang UMNO Permatang Pauh, BN Permatang Pauh berada dalam keadaan yang sangat dekat dengan rakyat".
Selaku Ketua UMNO Bahagian, Zaidi mengharapkan akan ada perubahan besar di Permatang Pauh selepas gerak kerja serta khidmat yang telah dilaksanakan dapat membuktikan bahawa UMNO Permatang Pauh benar-benar dan bersungguh-sungguh ingin membantu rakyat dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
"Gerak kerja yang kita buat ini bukanlah satu gerak kerja bersifat retorik ataupun hanya untuk menempuh pilihanraya tetapi gerak kerja yang kita buat ini bermula 2013 adalah gerak kerja mendampingi rakyat, membantu rakyat, sentiasa menyantuni rakyat secara ikhlas untuk menunjukkan bahawa kita bersedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat kepada rakyat, kepada warga Permatang Pauh demi untuk melihat, ingin melihat perubahan akan berlaku dalam kawasan parlimen Permatang Pauh ini.
"Jadi saya harap dengan semangat yang akan dibawa balik daripada dewan Merdeka ini, daripada Pusat Dagangan Dunia Putra ini, ahli-ahli UMNO Permatang Pauh yang datang berduyun-duyun sebanyak 7 buah bas dan juga yang menonton di tv dan sebagainya akan lebih bersemangat untuk kita menempuh PRU yang akan datang ini.
"Saya berharap masyarakat Permatang Pauh dapat merasai apa yang kita buat ini dan memberi peluang kepada BN dan UMNO Permatang Pauh menaburkan bakti kepada warga Permatang Pauh dengan lebih berkesan sekiranya kita mempunyai kuasa dan mandat daripada rakyat Permatang Pauh".
0 comments:
Post a Comment