Thursday 7 December 2017

YB Khairy Bawa Aspirasi Anak Muda #PAU2017


Kuala Lumpur - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Saudara Ifan Zaimi Bin Md Tahar menyifatkan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung siang tadi sebagai yang terbaik dan amat tepat.

Ifan yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berkata YB Khairy Jamaluddin memulakan ucapan beliau dengan fakta-fakta yang merujuk kepada soal kedudukan ekonomi serta fakta-fakta politik yang secara tidak langsung telah menangkis hujah-hujah mahupun propaganda politik yang dilakukan oleh pakatan harapan selama ini.

Dalam masa yang sama Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menyentuh tentang isu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang selama ini telah mengambarkan bahawa situasi sejak zaman pemerintahan beliau adalah baik jika dibandingkan dengan keadaan negara kita hari ini dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah beliau lagi selain daripada isu-isu yang ditangkis oleh YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga mengutarakan isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti kos sara hidup dan juga aspirasi anak muda.

"Jadi saya merasakan bahawa persidangan agung pemuda pada tahun 2017 ini adalah satu pentas di mana selain daripada YB Khairy Jamaluddin, jurucakap-jurucakap daripada negeri-negeri turut membangkitkan isu-isu yang dekat dihati rakyat dan saya percaya cadangan-cadangan yang dibuat dapat diterima oleh pimpinan UMNO pusat seterusnya dapat memberikan manfaat kepada semua".

0 comments:

Post a Comment