Thursday 4 January 2018

BN Lancar Portal Baharu The Rakyat Untuk PRU14


The Rakyat, sebuah portal yang disediakan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah dirasmikan pelancarannya oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Portal itu mengandungi pelbagai maklumat mengenai BN termasuklah maklumat mengenai calon BN untuk PRU14 yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat.

Kemunculan portal baharu BN ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada orang ramai menerusi pelbagai segmen menarik yang disediakan.

Antara segmen di dalam The Rakyat termasuk manifesto BN, wawancara eksklusif (Bicara 4 Mata), buletin elektronik bernama e Rakyat yang terdiri daripada enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun, majalah (Bumi Dipijak), maklumat grafik, berita dan analisis.

Dewan Tun Hussein Onn, PWTC menjadi saksi apabila Perdana Menteri merasmikan portal tersebut yang turut disaksikan beberapa pemimpin utama BN.

Difahamkan, segmen portal Bicara 4 Mata juga akan dipaparkan di RTM1 jam 9.30 malam ini dan TV3 pukul 11.00 malam ini.

Ia akan dihoskan oleh pengacara terkenal Aznil Nawawi dan tetamu pertama wawancara eksklusif adalah Perdana Menteri sendiri di mana beliau akan menjawab soalan mengenai isu perumahan mampu milik.

Beberapa aktiviti promosi telah dijalankan oleh media sosial portal tersebut melalui akaun Facebook, Twitter dan Instagram menjelang pelancaran The Rakyat.

Portal ini boleh diakses melalui alamat di internet www.therakyat.com

Orang ramai juga boleh mengetahui aktiviti portal tersebut menerusi media sosial seperti Facebook di www.facebook.com/therakyatofficial, Twitter di www.twitter.com/therakyatrasmi atau Instagram di www.instagram.com/therakyat_official

0 comments:

Post a Comment