Monday 15 January 2018

Calon Nama Tun M Langkah Terdesak


TASEK GELUGOR - Cadangan melatakkan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri oleh Pakatan Harapan dilihat sebagai langkah terdesak.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata dalam soal penamaan calon perdana menteri ,ia dilihat sebagai satu cadangan terdesak di mana terpaksa beri satu pilihan kepada rakyat bahawa mereka sudah ada calon perdana menteri.

"Hakikatnya calon PM yang mereka letakkan itu tidak sesuai, mereka nak tukar PM sebab mereka kata PM sekarang tidak bagus ,tapi calon yang mereka letakkan kita tahu rekodnya.

"Ia tidak bawa sebarang faedah dari apa yang mereka letakkan, rakyat tidak menunggu itulah cadangan dengan PM yang akan datang sebab dia tidak jamin satu yang baik pada rakyat," Katanya.

Menurutnya, jelas sekali dalam soal ini menunjukkan Pakatan Harapan tidak mempunyai pilihan lain.

"Ia jelas menunjukkan langkah ini sebagai satu alat politik semata mata,hanya sebagai alat politiking di masa depan, rancangan politik sebegini boleh dibaca pihak lain.

"Rakyat sudah bijak menilai, dari segi umur tak sesuai, tak dak orang boleh jadi PM sampai 100 umurnya tak sesuai, fitrah seorang manusia akan lalui fasa penuaan." Katanya.

Tambahnya, langkah itu sebagai salah satu cara menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka pun ada calon PM.

 "Letakkan calon yang sesuai dari segi fizikal melainkan untuk menyeksa beliau dengan beban, dia sudah tidak mampu.

 "Calon yang diletakkan Pakatan Harapan lebih kepada escapism dari isu semasa di mana mereka nak bagi tau rakyat yang mereka juga ada calon PM," katanya.

0 comments:

Post a Comment