KUALA LUMPUR – Langkah menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan gabungan parti-parti pembangkang yang diketuai DAP tiada pemimpin berkaliber untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengumuman itu juga membuktikan barisan kepemimpinan tertinggi pembangkang hanya mementingkan agenda peribadi, berbanding memberi keutamaan terhadap masa depan negara dan rakyat.
“Dalam ramai-ramai pemimpin muda dan golongan belia dalam pembangkang, Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun dipilih menjadi Perdana Menteri, membuktikan kepentingan negara serta keutamaan rakyat bukanlah matlamat pembangkang.
“Tindakan pembangkang ini juga seolah-olah ingin mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai persoalan selain sengaja ingin membiarkan rakyat menjadi mangsa sekali lagi di bawah pentadbiran Dr. Mahathir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai DAP hari ini mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam PRU kelak.
Dalam nada yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pembangkang gagal menawarkan kepada masyarakat calon Perdana Menteri terbaik sehingga terpaksa mengitar semula Dr. Mahathir dan menamakannya sebagai calon Perdana Menteri sementara.
Kata beliau, pengumuman Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil alih pentadbiran negara pula disifatkan sebagai jenaka semata-mata.
“Parti-parti dalam pembangkang mungkin terkeliru dengan ‘perjanjian’ tersebut, Dr. Mahathir tidak akan mengubah matlamat asalnya untuk menjadi Perdana Menteri dan mewariskan jawatan tersebut kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz
“Saya yakin 100 peratus keputusan konvensyen itu akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat kerana mereka dapat menghidu formula pembangkang itu hanya akan mengheret negara ke dalam konflik politik dan ketidakstabilan negara,” katanya. - Utusan Online
0 comments:
Post a Comment