Perdana Menteri mahu rakyat terus mengeratkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan penduduk di negara ini.
Sempena sambutan Hari Ponggal, Datuk Seri Najib Razak berharap perayaan itu membawa satu permulaan bagi Malaysia untuk lebih maju dan berjaya.
“Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia,” katanya menerusi blog beliau.
Najib juga mengajak rakyat Malaysia melihat semula perjalanan sebagai sebuah negara bangsa yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk membina Malaysia yang aman, harmoni serta semakin moden pada hari ini.
Menurutnya, pendekatan kerajaan yang inklusif dan mengutamakan kerjasama bersama masyarakat membolehkan lebih setengah juta masyarakat India mendapat manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek kerajaan sejak tahun 2009.
“Kesinambungan ini akan diteruskan untuk memastikan masa depan masyarakat India di Malaysia sentiasa terjamin,” ujar beliau.
0 comments:
Post a Comment