Monday 15 January 2018

Mahathir Amal Politik Manipulasi – Azwan Bro


Kerajaan sekarang menjamin masa depan negara yang lebih baik berbanding ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

“Kita tiada lagi modus operandi masa Dr Mahathir di mana keluarga dan kroninya memperkaya diri sebelum berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Khairul yang dikenali Azwan Bro turut mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan itu menggunakan politik manipulasi dan menyebarkan maklumat palsu kepada rakyat.

“Dia mendakwa Malaysia buang duit ke Amerika Syarikat sambil abaikan perkara asas bahawa pelaburan ini adalah untuk tujuan mendapatkan pulangan daripada ekonomi Amerika Syarikat yang sedang berkembang.

“Saya menganggap Mahathir tidak sedar usaha kerajaan sekarang untuk membawa dasar dari atas ke bawah melalui inisiatif seperti TN50 (pelan transformasi negara 2050),” katanya.

Sebelum ini, ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mengkritik bekas perdana menteri itu kerana mendakwa TN50 menyalin Wawasan 2020 yang diilhamkannya.

0 comments:

Post a Comment