Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika pembangkang memenang pilihan raya umum akan mencetuskan ketidakstabilan politik negara.
Ketua Pemuda BN,, Khairy Jamaluddin berkata masyarakat dan pelabur luar tidak mengetahui selama mana Pengerusi Pakatan Harapan itu akan memegang jawatan nombor satu negara, walaupun diwar-warkan sementara.
“Saya dengar tadi, pakatan pembangkang umumkan calon perdana menteri dan seperti yang dijangkakan Dr Mahathir dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Ini akan menimbulkan pergolakan dalam parti dan ini juga akan memberi ketidakyakinan dalam kalangan pelabur iaitu selama mana Tun M akan menjadi perdana menteri, dan bila Anwar akan mengambil alih sebagai perdana menteri.
“Kalau saya jadi pelabur, saya akan berfikir dua tiga kali sebelum membuat pelaburan besar sebab tak tahu apakah corak pentadbiran mereka,” katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian selepas melancarkan jentera pilihan raya BN bagi Parlimen Jelebu di Negeri Semblan.
Turut hadir, Pengerusi BN, Jelebu Datuk Jalaluddin Alias; Timbalan Pengerusi BN Jelebu Baharudin Jali serta 6,000 ahli BN.
Terdahulu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menjangkakan akan berlaku perebutan jawatan sekiranya ia benar-benar berlaku.
“Hari ini mungkin mereka bersahabat kerana mereka ada musuh yang sama dan pergolakan 1998 tak mungkin dilupakan begitu saja.
“Ingat senang ke Dr Mahathir nak bagi jawatan perdana menteri selepas enam bulan atau setahun dan ingat senang Anwar nak sabar nak tunggu untuk jadi perdana menteri,” katanya.
0 comments:
Post a Comment