Sunday, 14 January 2018

Pertemuan Tertutup Najib Dengan GERAKAN Bincang Strategi PRU14


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti GERAKAN di ibu pejabat parti itu di Ibu Negara bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) .

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kira-kira 10:30 pagi disambut Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong.

Difahamkan, dalam pertemuan tertutup kira-kira sejam itu, Siew Keong membentangkan mengenai strategi parti dalam menghadapi PRU14, disusuli amanat khas perdana menteri kepada kepimpinan parti.

Pada PRU13, GERAKAN bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Awal bulan ini, GERAKAN buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.

0 comments:

Post a comment