Sunday, 21 January 2018

Pilih Pembangkang, Ekonomi Lingkup


Rakyat digesa memilih parti yang mampu membentuk kerajaan kuat dalam pilihan raya umum ke-14  (PRU14) bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kerajaan berpengalaman dan kukuh dapat memastikan program pembangunan dilaksanakan sebaik mungkin terutama di Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis ramah mesranya bersama ahli lembaga pelawat hospital dan panel klinik kesihatan zon pantai timur Sabah di Tawau.

Menurut Dr Hilmi, Sabah akan terus membangun di bawah kepimpinan perdana menteri dengan terbaru Klinik Kesihatan Nabawan bernilai RM28.8 juta yang siap dibina dan beroperasi sejak 2016 yang memberi manfaat kepada lebih 36,000 penduduk di sekitar Nabawan.

Justeru, beliau berharap rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang, sehingga cuba menjatuhkan kerajaan BN.

0 comments:

Post a comment