Secara tidak sedar dua negeri di bawah pentadbiran pembangkang telah mengenakan cukai berkaitan hartanah yang sangat tinggi kepada rakyat.
Dua negeri tersebut adalah Selangor iaitu 391 peratus dan Pulau Pinang mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 1897 peratus.
Menurut sumber, catatan peratusan tersebut adalah daripada tahun 2008 sehingga 2015 dan ia terus meningkat sehingga hari ini.
Selangor bermula dengan catatan angka sebanyak RM458.93 juta pada 2008, cukai tersebut meningkat kepada RM1291.69 juta pada 2015.
Ia menjadikan perbezaannya adalah sebanyak RM832.76 juta dalam masa tujuh tahun.
Berbeza ketika Selangor di bawah pentadbiran BN, pada 2005 angka mencatatkan RM306.48 juta, RM309.28 juta pada 2006 serta RM330.03 juta pada 2008, sekaligus ia mencatkan jumlah perbezaan yang sedikit berbanding sewaktu Selangor di bawah pentadbiran pembangkang.
Begitu juga di Pulau Pinang, ia bermula dengan jumlah RM19.23 juta pada 2008 meningkat kepada RM414.13 juta pada 2015.
Dalam keadaan ini ia sekaligus tidak bertepatan dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto yang dibentangkan Ahad lalu iaitu ingin mengurangkan masalah kos sara hidup dan cukai yang selama ini menuding jari menyalahkannya ke atas dasar kerajaan persekutuan.
Malah, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegeaskan cukai hartanah bukan suatu perkara yang membebankan rakyat, namun dalam masa yang sama beliau telah menggerakkan inisiatif mengurangkan cukai hartanah dengan memberikan pengecualian cukai kepada penduduk kampung dan pemilik rumah kos rendah selain mengenakan bayaran nominal RM1,000 bagi mereka yang tidak mampu membayar cukai taksiran.
Penipuan demi penipuan yang kerajaan lakukan mulai dihidu banyak pihak termasuk rakyat amnya.
Peningkatan ketara perolehan cukai hartanah yang dikutip kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ini adalah sebenarnya datang daripada saku penduduk di kedua-dua negeri ini yang dikenakan cukai setinggi 10 ke 20 kali ganda sekarang berbanding ketika pentadbiran BN.
Peningkatan cukai berkaitan hartanah telah menyebabkan kesan domino ke atas kos sara hidup di Selangor dan Pulau Pinang.
Ia meningkatkan harga rumah dan premis perniagaan yang seterusnya membawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan mengurangkan pendapatan penduduk di kedua-dua negeri itu untuk berbelanja.
Jika perkara ini berlanjutan, rakyat harus menilai untuk melakukan sesuatu dengan membuat perubahan yang sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment