Thursday 11 January 2018

SUARA BLOGGER : 2 'Datuk' Pengarah Ditangkap SPRM


2 pengarah telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua pengarah yang memegang gelaran "Datuk" dijangka direman di Mahkamah Majistret di sini dan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Isunya berkaitan dengan siasatan ke dalam projek terowong bawah laut RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Penangkapan itu berlaku selepas serbuan di beberapa pejabat di Pulau Pinang, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen berkaitan dengan projek mega RM6.3 bilion.

Agensi anti-rasuah menyerbu pejabat empat agensi kerajaan negeri - Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Pulau Pinang - dan tiga syarikat pembangunan dan pembinaan hartanah - Ewein Zenith Sdn Bhd , 555 Capital Sdn Bhd dan Pejabat Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd di Pulau Pinang.

Penulis difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat tindakan kerajaan DAP negeri membenarkan syarikat Penang Tunnel Special Purpose Vehicle (SPV) yang pre-sell hak tanah negeri bernilai RM3 bilion walaupun terdapat kelewatan selama empat tahun dalam pembinaan projek tersebut.

Penyiasat juga dipercayai sedang meneliti kebolehlaksanaan dan kajian reka bentuk terperinci bernilai RM305 juta yang masih belum selesai, walaupun bayaran RM220 juta telah dibayar kepada SPV.

Kajian kemungkinan terowong itu bermula pada bulan Februari 2015 dan pada Oktober tahun lepas, ia dikatakan selesai 92.9% tetapi tidak siap-siap lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa isu terowong bawah laut yang diselubungi pelbagai kontroversi semakin menghantui kerajaan DAP Pulau Pinang. Malangnya, projek yang telah diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pada 4 Oktober 2013 itu tiada menunjukkan sebarang tanda telah dimulakan. Terlalu banyak penafian, putar belit dan pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Projek yang didakwa 'telah berjalan mengikut jadual' tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada jadual perlaksanaannya.


Kita baca kronologi di bawah:

28 April 2011
MoU di antara Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan kerajaan DAP Pulau Pinang di Putrajaya. 
Cadangan sambungan ketiga untuk menyambungkan Gurney Drive di pulau dengan Bagan Ajam di utara Seberang Prai. 
Terowong adalah sebahagian daripada pakej infrastruktur bernilai RM8 bilion yang juga termasuk North Costal Paired Road (NCPR) sepanjang 10.53 kilometer di antara Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Air Itam – Tun Dr Lim Chong Expresswat bypass (5.7 km) dan Gurney Drive – Tun Dr Lim Chong Eu Expressway bypass (4.075km)
10 Mei 2011
Penang Port Sdn Bhd tidak menyokong cadangan tersebut kerana ianya akan menganggu pelan pembesaran pelabuhan.
16 November 2011
TS Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri ketika itu memberi amaran projek sambungan ketiga berkemungkinan besar akan membazirkan wang rakyat.
28 Februaru 2013
Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkan tender RM8 bilion kepada Malaysia-China joint venture Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. 
Kerajaan DAP berkata syarikat tersebut akan dianugerahkan 44.51 hektar tanah tambakan di Tanjung Pinang secara berfasa.
1 Mac 2013
Pihak NGO-NGO tidak bersetuju dengan projek super mega ini. Penang Forum mahu kerajaan DAP focus kepada projek ‘mengerakkan orang bukannya kereta’.
20 Mac 2013
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membina terowong dasar laut sebagai satu pembaziran duit rakyat. 
"Ini sengaja nak membazir duit rakyat. Tidak ada alasan yang munasabah bagi pembinaan tersebut," tegasnya.
21 Mac 2013
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris mendesak kerajaan negeri membatalkan projek mega tersebut khususnya pembinaan terowong dasar laut kerana akan mendatangkan kesan buruk selain risiko keselamatan.
14 Januari 2014
Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd menjangka akan menyiapkan kajian kebolehlaksanaan untuk projek infrastruktur terowong bawah laut dan jalan utama pada April tahun ini (2014), kata pengerusinya.
11 Mei 2015
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
17 Mei 2016
Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) membidas PAC kerana gagal membentangkan laporan siasatannya walaupun diarah berbuat demikian enam bulan sebelumnya. DEIA yang sepatutnya siap 16 April manakala laporan PAC masih tak siap.
18 Mei 2016
Dato' Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang merupakan ahli PAC berkata PAC sepatutnya membentangkan laporannya dalam sidang Dewan ketika itu. Beliau merujuk kepada laporan yang gagal dibentangkan dalam dewan legislatif negeri itu buat kali kedua.
15 Jun 2016
Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Konsortium Zenith-BUCG (Zenith) menafikan sebarang penangguhan atau pembatalan berkaitan projek terowong dasar laut.
"Tiada penangguhan projek terowong dasar laut, sebaliknya kita memberi perhatian kepada pembinaan tiga lebuh raya utama.
"Saya difahamkan pihak Zenith akan terus menyiapkan kajian kebolehlaksanaan yang hanya tinggal 17 peratus untuk disiapkan," katanya.
16 Jun 2016
Dilaporkan kajian kebolehlaksanaan selesai 83% dan akan siap dalam tempoh enam bulan.
17 Jun 2016
Selepas 'tersilap' mengulas berhubung penangguhan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut oleh Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (Zenith), EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Awam Pulau Pinang, Lim Hock Seng, enggan mengulas berhubung perkara itu.
3 Oktober 2016
PKR Tanjong telah mengingatkan PAC negeri supaya tidak lagi menangguhkan pembentangan laporan projek terowong dasar laut dan lebuh raya pada sidang DUN. Ketua Cabangnya berkata, laporan itu sebelum ini sepatutnya dibentangkan dalam sidang DUN lalu namun gagal disiapkan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
22 November 2016
Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) membangkitkan isu pampasan tanah serta mempersoalkan status projek pembangunan di tanah tersebut sekiranya projek terowong bawah laut itu tidak diluluskan.
24 November 2016
Hasil kajian kebolehlaksanaan bagi terowong dasar laut itu akan siap menjelang akhir tahun ini (2016) dakwa Exco kerajaan negeri telah mencapai 87% siap.
23 Jun 2017
Menteri Kerja Raya DS Fadillah Yusof telah menyatakan rasa kesalnya apabila syarikat konsesi yang ditawarkan projek terowong dasar laut dan 3 projek jalan utama yang bernilai RM6.34 bilion di Pulau Pinang telah cuba menggunakan nama kementerian dan nama beliau untuk mempertahankan diri berhubung isu terlebih bayar bayaran perunding. 
Fadillah menjelaskan bahawa kementerian berpegang kepada penjelasan profesional Lembaga Jurutera yang telah membuat pengiraan dan mengesahkan kerajaan DAP telah terlebih bayar 4 kali ganda sebanyak RM177.5 juta dan nilai itu telah dibayar oleh karajaan DAP negeri. 
Padahal, bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala bayaran yang diwartakan ialah RM41 juta bagi tiga projek utama jalan itu. Dan RM177.5 juta ini tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong tersebut. 
Untuk rekod, Lembaga Jurutera adalah badan berkanun tunggal akan mengawal skala bayaran yang diwartakan bagi kerja sivil di negara ini. Ianya diperuntukkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138).
23 Jun 2017
Chow Koon Yeow membuat kenyataan dan mendakwa di antara 10 skop kerja yang termasuk dalam nilai RM177.5 juta ialah Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) atau pun Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar Bagaimana pun, kenyataan Kon Yeow bercanggah dengan laporan PAC Pulau Pinang 2016 mengenai status terowong itu yang menyatakan bahawa RM177.5 juta ini tidak termasuk kos DEIA. 
Dalam jawapannya pada 22 Mei 2017 kepada DUN Pulau Pinang, EXCO Pulau Pinang. Lim Hock Seng mengesahkan bahawa sejumlah RM220 juta telah dibayar dan kos ini tidak termasuk DEIA. 
Berlaku kenyataan yang kontradik di antara satu sama lain dan ianya melibatkan jutaan ringgit wang rakyat Pulau Pinang. Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan jelas menunjukkan betapa teruknya tahap profesionalisme DAP mentadbir negeri.
11 Julai 2017
Satu lagi kenyataan telah dikeluarkan untuk memperbetulkan sandiwara dan pembohongan kerajaan DAP negeri tentang isu ini. Malah, kementerian Jabatan Kerjaya bersam-sama dengan agensi profesional Lembaga Jurutera bertegas kekal dengan pendirian mereka dan menegaskan bahawa jumlah pembayaran keseluruhan bagi 3 batang jalan tersebut adalah melebihi dari jumlah perkiraan dan garis panduan yang ditetapkan.
a. Exco kerajaan DAP mendakwa kononnya bayaran bagi perincian reka bentuk berjumlah RM177.5 juta ke atas 3 batang jalan raya sepanjang 20km yang telah dibayar oleh kerajaan DAP negeri adalah tidak terlalu mahal kerana ia merangkumi 10 komponen tambahan.
b. Kenyataan Exco kerajaan DAP negeri itu disangkal dan boleh dianggap sebagai kiraan berganda.
c. Kebanyakan dari 10 komponen tambahan yang dinyatakan oleh kerajaan Dap negeri merupakan sub-komponen sama ada dibawah Penilaian Terperinci Alam Sekitar (DEIA), Kajian Kemungkinan mahupun Perincian Reka Bentuk.
Kerajaan DAP negeri tidak mungkin akan mengaku salah walau pun pihak Kementerian telah berulang kali memberi penjelasan yang berdasarkan kiraan pihak profesional Lembaga Jurutera Malaysia yang berdasarkan Gazetted Scale Of Fees.
30 Julai 2017
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kementeriannya masih belum menerima sebarang laporan kajian daripada kerajaan DAP itu yang sebelum ini mendakwa serius ingin meneruskan projek terbabit.
1 April 2017
Fadilah Yusof berkata, Guan Eng tidak perlu menunjukkan rasa terkejut terhadap permintaan Kementerian Kerja Raya yang mahukan beliau menyerahkan dokumen sokongan bagi pembinaan Jambatan Pulau Pinang ketiga.
"Sudah lima kali kementerian memohon mendapatkan dokumen sokongan itu bagaimanapun Guan Eng masih belum menyerahkannya.
Fadilah berkata, tujuh bulan lalu, Guan Eng mengatakan sehingga Ogos 2016, kajian yang dilaksanakan adalah sebanyak 84 peratus.
9 Oktober 2017
Kerajaan DAP masih belum menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan jambatan ketiga atau projek terowong dasar laut di negeri itu sebagaimana dijanjikan kepada Kementerian Kerja Raya sejak 18 bulan lalu.
12 Oktober 2017
Kerajaan DAP Pulau Pinang jangan tuding jari serta memutar belit kenyataan berhubung pembinaan jambatan menggantikan terowong dasar laut. Fadillah Yusof berkata, keputusan membina jambatan menggantikan terowong dasar laut itu sebenarnya dibuat oleh kerajaan negeri tanpa campur tangan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR).
"Mereka juga berjanji untuk menghantar laporan kajian pembinaan terowong itu yang membabitkan kos RM305 juta yang mana RM220 juta disahkan sudah dibayar kerajaan negeri menjelang hujung tahun lalu.
"Selepas beberapa kali mungkir janji, kerajaan Pulau Pinang juga yang menyatakan mereka tidak akan menghantar laporan kajian atas alasan pelaksanaan projek itu tidak perlu disegerakan.
"Kini, mereka memohon daripada saya untuk meluluskan projek berkenaan tanpa sokongan dokumen," katanya.
5 Januari 2018
Naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan menyerahkan dokumen yang didakwa mengandungi bukti baru rasuah dalam projek itu. 
Pihaknya mengemukakan beberapa perkara penting mengenai perincian pembayaran bagi tiga kajian pelaksanaan projek mega itu yang didakwa mengandungi unsur mencurigakan.
9 Januari 2018
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu pejabat empat agensi kerajaan negeri - Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Pulau Pinang - dan tiga syarikat pembangunan dan pembinaan hartanah - Ewein Zenith Sdn Bhd , 555 Capital Sdn Bhd dan Pejabat Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd di Pulau Pinang.
Kita berharap agar pihak SPRM dapat menyiasat dan meyelesaikan segera satu isu yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Penulis juga percaya bahawa rakyat Pulau Pinang juga mahukan parti-parti yang akan mengantikan kerajaan DAP selepas PRU14 untuk menyiasat segala salah laku, salah guna kuasa dan rasuah di dalam kerajaan DAP. Kerana itu, parti DAP dan sekutunya mesti ditolak oleh rakyat.

novandri.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment