Thursday 11 January 2018

SUARA BLOGGER : Berita Palsu Punca Pemikiran Rakyat Berasa Berhutang Buat Semakin Sasau. Hutang Apa?


Apabila disampaikan maklumat kononnya rakyat Malaysia terpaksa menangung hutang ,ramai yang menjadi sasau hingga rasa benci kesumat terhadap kerajaan.

Tapi berapa ramai yang berasa mereka betul betul berhutang dengan negara luar?Adakah menjejaskan wang poket hingga nak bayar Astro pun tak boleh?

Macam ni lah.. susah rakyat Malaysia ada keluarg paling kurang ada 2 buah kereta,ada yang beli kereta untuk anak habuan nak pi kelas kat kolej.. Susah rakyat Malaysia masih ada yang mampu beli telefon atau tablet untuk anak layan youtube Upin Ipin atau Baby Shark..

Jualan  di Lazada cecah berbillion..adakah ini bukti rakyat Malaysia berhutang?


Setiap rakyat Malaysia hutang RM29,134 kepada orang asing?

Salah satu propaganda penipuan dan mengelirukan oleh Pakatan yang lebih berjaya ialah mengenai hutang luaran Malaysia.

Mereka menyatakan hutang luaran Malaysia sehingga akhir tahun 2016 mencecah RM908.7 bilion iaitu bersamaan dengan RM29,134 pada nisbah setiap orang rakyat Malaysia yang berjumlah 31.19 juta orang.

Propaganda ini mengatakan perkara ini akan membebankan anak cucu serta generasi akan datang.

Bagaimanapun, apa yang Pakatan tidak nyatakan ialah hutang luaran Singapura sehingga akhir tahun 2016 berjumlah US$1.766 trilion (S$2.518 trilion).

Ini bersamaan dengan RM7.7 trilion – bermakna nilaian tersebut dengan jumlah rakyat Singapura sebagaimana yang digunakan oleh Pakatan ialah RM1.37 juta untuk setiap orang rakyat Singapura.

Begitu juga dengan Hong Kong dengan hutang luaran HK$10.3 trilion sehingga akhir 2016 bersamaan RM734,135 untuk setiap orang rakyat Hong Kong.

Apa yang Pakatan tidak jelaskan kerana mengambil kesempatan atas kekurangan maklumat oleh rakyat Malaysia ialah hutang oleh kerajaan Malaysia adalah sangat rendah di dalam matawang asing kerana bagagian besar kehutangan luar negara dilakukan oleh bank dan syarikat-syarikat swasta atas sebahagian daripada kaedah perniagaan mereka.

Malahan, sebagai sebuah negara yang mahu terlibat di dalam dagangan luar dan bank-bank kita mempunyai rangkaian serantau atau antarabangsa, kenaikan hutang luaran itu menunjukan tanda kejayaan.

Percaya atau tidak? Sila baca penerangan rasmi oleh Kerajaan Singapura mengapa hutang luarannya amat tinggi yang diterbitkan di dalam akhbar Straits Times:

Secara fakta, Malaysia tidak berhutang apa-apa pun dengan IMF atau Bank Dunia. Malahan kita berada di kedudukan yang positif.

Hutang luaran sahaja tidak menceritakan kedudukan sebenar. Anda perlu melihat juga pegangan aset dan barulah mendapat berapa lebihannya.

Malahan, pegangan aset luaran Malaysia melebihi dari hutang luaran – bermakna kita mempunyai lebihan di dalam kedudukan pelaburan antarabangsa – bermakna dunia yang berhutang dengan Malaysia lebih daripada apa yang Malaysia berhutang dengan dunia.

Sebab itulah syarikat-syarikat penarafan kredit antarabangsa memberikan Malaysia di kedudukan A bagi penilaian pelaburan.

Malahan Moodys menyatakan: “lebihan yang besar di dalam pelaburan asing bertindak sebagai penampan (kepada Malaysia)”. 

Pakatan telah memperbodohkan rakyat Malaysia bertahun-tahun lamanya. Banyak penipuan mereka akhirnya terbongkar. Jangan biarkan mereka terus memperbodohkan anda semua dan membuatkan anda kelihatan kebinggungan apabila mereka terus mengulangi penipuan tersebut.

Eric See-To.

LINK  


www.pisau.net

0 comments:

Post a Comment