Friday 12 January 2018

SUARA BLOGGER : Percaturan Kit Siang Bakal Bawa Rebah Pakatan Haprak !


Semua pihak telah sedia maklum bahawa Pakatan Haprak melalui konvensyen yang diadakan baru-baru ini telah memilih untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya pada PRU14 nanti.

Sejak itu kita sudah dapat melihat bagaimana penerimaan khususnya para ahli dan penyokong Pakatan Haprak tampil dengan pelbagai keadaan.

Ada yang menerima dengan tepukan tanda kepuasan dan ada yang menerima dengan was-was kerana memikirkan percaturan politik yang jelas membelakangkan nama-nama besar yang ada dalam kem pembangkang sejak Tun Mahathir bersama UMNO.

Tidak cukup dengan itu ada juga yang tampil menolak sama sekali pencalonan itu selain kritikan daripada kalangan mereka yang sebelum ini lantang dalam parti tetapi disingkirkan setelah dilihat tidak sehaluan dengan dasar parti.

Sama ada sedar atau tidak keputusan tersebut turut sama mendapat tentangan dari kalangan ahli-ahli PPBM, parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri !



Ironinya kita sudah dapat mengagak keputusan yang dibuat itu bukanlah bersandarkan kepada keupayaan mahupun tuntutan politik hari ini kerana peredaran zaman telah memperlihatkan kepada kita semua betapa usaha untuk melihat pemimpin yang lebih bertenaga menjadi pilihan.

Percaya atau tidak mana-mana parti sekalipun sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang masing-masing sudah pun menyatakan pendirian tersebut malah Syed Saddiq yang bersama Tun Mahathir juga menyebut perkara ini dalam ucapannya di Mesyuarat Agung PPBM yang dipenuhi kontroversi baru-baru ini.

Malah parti DAP khususnya dilihat sudah pun meninggalkan legasi mendiang Karpal Singh apabila kenyataan anak kepada mendiang yang disiarkan oleh media dianggap sekadar pandangan peribadi yang tidak menjejaskan parti.


Maka secara ringkasnya agak pelik kenapa secara tiba-tiba Pakatan Haprak menerima kehadiran Tun Mahathir seterusnya mengangkat beliau sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU14.

Apa helahnya ????

Realitinya kita perlu menerima hakikat bahawa keputusan tersebut ditentukan oleh Kit Siang seorang pemimpin diktator paling berpengaruh dalam DAP dan juga Pakatan Haprak.Ianya dibuat berdasarkan percaturan politik yang menjurus kepada usaha untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu agar Pakatan Haprak dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Sekali lagi kita terpaksa akui bahawa Tun Mahathir disaat kebencian sudah menguasai diri dan jiwanya cacat kerana dendam politik telah dipergunakan oleh sekutunya untuk menagih simpati dan sokongan orang-orang Melayu.

Dan golongan itu terarah kepada mereka-mereka yang tidak berparti selain dari ahli-ahli UMNO yang difikirkan masih bersimpati terhadap bekas pemimpin UMNO itu.

Kenapa demikian ? Kerana pencalonan Tun Mahathir sendiri pun sebelumnya ditentang oleh pimpinan dari parti PKR seperti mana yang didedahkan ;
Sebenarnya pemilihan Dr. Mahathir diputuskan oleh DAP - siapa lagi kalau bukan penasihatnya, Lim Kit Siang. Sebab itu apabila Dr. Mahathir dinamakan sebagai PM sementara, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tak setuju sampai bertekak kalau boleh hendak bubuh juga calon daripada PKR.
Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun tak setuju dengan pemilihan Dr. Mahathir sebab Azmin pun teringin dicalonkan jawatan yang belum pasti itu.
PKR Selangor hanya `bersetuju' dalam 'keadaan tidak bersetuju'.
Pencalonan Dr. Mahathir untuk jawatan PM sementara atas arahan Kit Siang itu adalah demi meraih sokongan undi Melayu. Kerana itu Azmin berani membantah pemilihan Dr. Mahathir kerana mendapat arahan Anwar, lantas mempergunakan  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin untuk menyuarakan protes itu.
Malah, dalam ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa persidangan tahunan Pakatan Harapan di Shah Alam baru-baru ini jelas menyatakan bahawa DAP tidak pernah lupakan Anwar. Ini kerana semata-mata untuk menarik sokongan orang Melayu.
Sandiwara Dr. Mahathir-Lim Kit Siang ini dikatakan diketahui oleh orang-orang dalam Pakatan Harapan. klexpress
Selain daripada itu keputusan yang kononnya dipersetujui sebulat pimpinan dalam Pakatan Haprak itu sudah pun menjadi satu lagi bahan bualan yang kini sudah pun menerjah sebahagian besar ahli dan penyokong tegar DAP.

Kit Siang dianggap cuba bermain politik dan gagal belajar daripada kelemahan PRK Teluk Intan !


Kekalahan Dyana Sofya di PRK Teluk Intan pada ketika suasana politik menyebelahi pembangkang adalah mesej jelas betapa DAP tidak akan menerima kehadiran pemimpin berbangsa Melayu.

Walaupun DAP sering mengaku mereka bukan rasis dan cauvinis serta menerima kehadiran pemimpin Melayu hakikatnya pemilihan CEC parti itu sahaja sudah cukup untuk dijadikan bukti.

Bayangkan Dyana Sofya ditolak hanya kerana bertanding kerusi Parlimen yang belum tentu menjawat apa-apa jawatan di peringkat kerajaan dan kini Kit Siang sedang mencatur pula posisi Perdana Menteri kepada Tun Mahathir yang turut ditolak awal-awal lagi oleh sebahagian besar penyokong dan pemimpin dari Pakatan Haprak ?

MMI yakin sandiwara rakus ini sudah pun dijelaskan kepada semua pemimpin dari PKR dan PAN oleh DAP kerana mereka sangat jelas sedang mempergunakan kehadiran PPBM untuk memastikan penguasaan kerusi-kerusi yang menguntungkan mereka.

Kit Siang sebenarnya tidak melihat soal penguasaan Pakatan Haprak dalam membentuk kerajaan berdasarkan kepada pengalaman beliau selaku pembangkang selama puluhan tahun tetapi beliau sedang mencuba untuk sekurang-kurangnya menghampiri tahap itu kerana apa jua keputusan sekalipun DAP sudah pun mempunyai majoriti kerusi yang langsung tidak boleh disentuh oleh mana-mana parti yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak.

Perkara ini sudah pun diakui oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang berkata, walaupun PPBM diberi kerusi terbanyak iaitu 52 kerusi Parlimen untuk bertanding, namun realitinya semua itu adalah di luar kemampuan mereka.

Menurutnya, pembahagian kerusi yang disifatkan terlalu banyak kepada PPBM hanyalah strategi untuk menunjukkan kepada pengundi Me­layu bahawa DAP tidak dominan dalam Pakatan Harapan.

“Jumlah kerusi bertanding dengan kerusi yang menang adalah perkara yang berbeza, ia takkan sama dan kita akan lihat pada keputusan akhir nanti. Pembahagian kerusi itu lebih untungkan DAP ke­rana mereka ada sokongan pengundi tetap, kawasan tradisi dan sudah pun menang kerusi Parlimen yang banyak tetapi parti-parti lain kena bertarung.

Namun percaturan Kit Siang itu ada kesannya dan kesan itu akan menyebabkan berlakunya protes dari kalangan ahli sendiri apatah lagi kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sejak tahun-tahun kebelakangan ini hampir pasti turut menyumbang. 

Jika itu berlaku ianya bukan sahaja akan menyebabkan Pulau Pinang berada dalam kedudukan yang tidak selesa kepada DAP tetapi juga memberi impak kepada Pakatan Haprak yang dilihat hilang prinsip apabila menerima Tun Mahathir sedangkan inilah orang yang bertanggungjawab terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Buloh.

Mana perginya REFORMASI ?

Semuanya hilang disebalik percaturan Kit Siang yang pasti membawa rebah kepada Pakatan Haprak !

mahamissa.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment