Thursday 4 January 2018

SUARA BLOGGER : PM Sementara…. Takkan Mereka Terlalu Bebal Untuk Terus Ditipu!!


Tun Dr Mahathir tidak mungkin akan menuruti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PKR dan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, PKR didakwa telah bersetuju untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi PRU-14.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun atas jenayah liwat dan dijangka dibebaskan pada penghujung 2018.

Bagaimana pun, Perkara 48 Fasal 1 (e) – Anwar perlu melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan dengan jenayah oleh mahkamah dan telah dihukum penjara lebih setahun. Hanya dengan pengampunan oleh Yang Dipertuan Agung sahaja maka Anwar boleh aktif kembali sebegitu cepat dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dianggotai beberapa ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasanya terdiri daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan beberapa orang lain termasuk dari Pejabat Peguam Negara.

Selain daripada jawatan sementara, Mahathir wajib membebaskan Anwar Ibrahim dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 6 sehingga 12 bulan selepas pembebasannya.

Sesiapa yang mengikut perjalanan politik Mahathir akan tahu bahawa beliau tidak mungkin akan melantik seorang pesalah meliwat untuk memimpin negara. Perkara ini telah dinyatakan banyak kali oleh beliau dan beliau tidak menafikannya sehingga ke hari ini.

Malah Mahathir telah mengelak daripada memberi jawapan yang tepat apabila media bertanya tentang beliau berkemungkinan menjadi Perdana Menteri sementara.

Sambil cuba berseloroh, dengan gaya tipikal beliau ketika cuba mengelak untuk menjawab soalan kontroversi dan sensitif, Dr Mahathir menegaskan semua Perdana Menteri adalah bersifat sementara kerana mereka perlu berdepan PRU setiap 5 tahun sekali.
“Semua PM sementara, dia bagi 5 tahun, kadang-ladang kurang sikit, kalau sakit dia berhenti. Kalau dia (PM) mati, susahlah sikit,” katanya ketika menjawab sama ada dia kisah atau tidak menjadi Perdana Menteri sementara, sementara menunggu Anwar Ibrahim dapat mengisi jawatan itu.
Ironinya, kita bukan bercakap tentang jawatan Perdana Menteri untuk 5 tahun tetapi Perdana Menteri untuk tempoh 6 hingga 12 bulan sahaja. Begitu liat sekali Mahathir dan PKR / DAP masih tidak faham-faham lagi.

Dalam masa yang sama, tindakan PKR yang mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dalam masa 6 hingga 12 bulan ini juga menunjukkan puak pembangkang sanggup memutarbelit dan menyalahkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi.

Ianya ibarat terpalik lidah sendiri kerana merekalah yang selama ini ‘berjuang’ agar system perundangan dan mahkamah tidak boleh dicampur adukkan dengan kepentingan politik.

Selain itu, adalah tidak beradab, malah sangat menjengkelkan jika PH dan PKR dengan mudah dan sesuka hati memanipulasi proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agung sebagai satu daripada kaedah melepaskan Anwar. Seandainya inilah pelan peralihan mereka, ketara sekali PH dan PKR sebuah parti yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“Jika mereka memerintah, negara akan jadi tunggang langgang. Saya yakin sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir akan keberatan menunaikan hasrat tidak rasional PKR itu,” kata seorang pengarah parti politik.
Kita perlu tahu, Mahathir tidak mungkin berani menyebut secara rasmi calon PM beliau kerana tahu tindakan beliau itu akan menyebabkan Pakatan Harapan memutuskan kerjasama dengan PPBM sebelum PRU14.

Dalam masa yang sama, penulis difahamkan bahawa Pakatan Harapan akan terus menekan Mahathir untuk berpegang kepada konsep ‘berjanji’ PM sementara ini kerana PPBM tidak mempunyai bargaining power memandangkan PPBM hanyalah new kids on the block yang mempunyai hanya 1 kerusi parlimen sahaja.

Tetapi rakyat pun tahu bahawa bagi pembangkang, janji itu boleh dicapati dan tidak semestinya ditepati. Inilah rosaknya parti pembangkang.

Seperti yang penulis terangkan sebelum ini, Mahathir mempunyai calon Perdana Menterinya sendiri. Dan jika pembangkang menang PRU14, keberangkaliannya ialah :
1. Mahathir dan PPBM akan meninggalkan Pakatan Harapan (yang mencalonkan Anwar sebagai calon PM).
2. Mahathir akan membuat coalition baharu dengan parti-parti yang bukan lagi kerajaan persekutuan, ahli-ahli parlimen yang lompat parti dan parti yang mempunyai kerusi parlimen yang signifikan tetapi dengan syarat beliau yang akan menentukan calon PM baharu.
3. Ketika itu, PKR, DAP dan PAN akan gigit jari. Anwar Ibrahim akan tetap menjadi salah seorang ahli politik pembangkang.
Takkan Kit Siang, Guan Eng DAP, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim begitu bodoh dan naif tidak dapat membaca kemungkinan ini?

Difahamkan bahawa sudah ramai pihak dalam PKR dan DAP yang menolak parti masing-masing disebabkan pencalonan Mahathir itu. Bagi mereka, kepimpinan tertinggi PKR telah meliwat teras penubuhan parti tersebut.

Dan jika perkara teras ini pun begitu mudah dilanggar maka tidak mustahil jika undang-undang negara turut diliwat oleh kepimpinan PKR dan DAP demi kepentingan peribadi mereka.

Penulis menjangkakan pertelingkahan tentang calon PM dan perebutan kerusi sesama pembangkang akan berlarutan hingga ke hari penamaan calon PRU-14 nanti.

Pembangkang akan gagal menyakinkan rakyat yang amat memerlukan satu coalition seperti Barisan Nasional yang terbukti berjaya melaksanakan usaha demi kepentingan rakyat.

Dr Novandri Hasan Basri

0 comments:

Post a Comment