Wednesday 10 January 2018

Terowong Dasar Laut 2 Berpangkat Datuk Di Reman


PULAU PINANG 10 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua pengarah berpangkat Datuk akan direman pagi ini bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut.

Menurut sumber SPRM, dua individu berkenaan masing-masing akan direman di Mahkamah Majistret di sini dan Putrajaya.

Penahanan mereka susulan serbuan di tujuh lokasi yang dilakukan SPRM di sekitar negeri ini semalam membabitkan empat pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan tiga pejabat pemaju serta konsultan yang terbabit dalam projek bernilai lebih RM6 bilion berkenaan.

Sebelum itu sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menyerbu beberapa lokasi di negeri ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung projek terowong bawah laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika mengesahkan serbuan itu berkata, antara lokasi yang diserbu adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pejabat Tanah dan Galian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Turut diserbu dalam operasi bermula awal pagi ini, katanya, Pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang; pejabat syarikat pemaju Ewein-Zenith di Menara Boustead; pejabat 555 Capital Diamond Valley dan pejabat Konsortium Zenith.

“Serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung laporan projek terowong dasar laut,” katanya kepada pemberita. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment