Tuesday 16 January 2018

TN50 : Generasi Muda Perlu Siapkan Diri


TASEK GELUGOR- Generasi muda terutama pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, TN50 memerlukan rakyat yang dinamik, berdaya maju dan mempunyai sumber pendapatan yang tinggi sebagaimana negara maju.

"Kita harap pelajar akan terbuka minda dan bersedia untuk menghadapi cabaran TN50. Ini kerana dalam tempoh 30 tahun akan datang mereka bukan saja akan terima cabaran daripada rakan sekeliling bahkan dari seluruh negeri dan negara," katanya selepas merasmikan program Selangkah ke Alam Mahasiswa di Sekolah Menengah Desa Murni, semalam.

Menurutnya, generasi akan datang terutama mereka yang berada di peringkat prauniversiti atau di tingkatan enam sekarang perlu berfikiran lebih dinamik dan melihat dunia dengan lebih luas.

"Cabaran yang datang dalam bentuk global village dan kesemuanya ini akan menyebabkan mereka merancang pelan tindakan yang lebih tepat,lebih sempurna dan masa sama kerajaan akan sentiasa membantu," katanya. - Sinar

0 comments:

Post a Comment