Wednesday 7 February 2018

Akta Kekang Berita Palsu: Kerajaan Sedia Jumpa Pembangkang


Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk pembangkang bagi membincangkan akta baharu bagi mengekang berita palsu yang akan dibentangkan di parlimen pada Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pengubalan undang-undang itu tidak hanya berkait rapat dengan politik semata mata, sebaliknya demi keselamatan negara yang perlu selesaikan segera.

“Semua pihak terutama pembangkang digesa tidak membuat andaian buruk dengan akta berkenaan.

“Masalah pembangkang semua benda dia tidak setuju. Jadi bagaimana dia nak cari jalan penyelesaian.Walhal mereka pun jadi mangsa juga,” katanya hari ini.

Azalina berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan dan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika ( AALCO) di ibu kota.

Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir dilaporkan mendakwa akta berkenaan akan menganiya pembangkang.

0 comments:

Post a Comment