Tuesday 13 February 2018

Dakwaan Sabotaj Projek Terowong Berniat Jahat


PULAU PINANG - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membidas dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pusat cuba mensabotaj projek mereka.

Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana sibuk menjayakan beberapa projek untuk kemudahan rakyat Pulau Pinang pada masa depan.


"Kalau betul kita (Kerajaan Pusat) sabotaj, maka, kita tidak akan meneruskan projek jambatan kedua dengan kos mencecah RM4.5 bilion sebelum ini. Namun, kita teruskan juga projek itu hingga siap seperti yang dijadualkan.

"Pada masa yang sama, kita juga bina tiga lagi jalan penyuraian dengan kos keseluruhan RM1.1 bilion. Jadi, bila masa kita sabotaj projek mereka?

"Inilah bezanya antara kerajaan cekap (BN) dengan kerajaan tidak cekap. Kerajaan cekap, dia umum, dia jalan (projek) dan dia buat ikut jadual, tapi, kerajaan tak cekap ni pula sebaliknya," katanya. - Utusan Online

1 comments:

  1. bila guan eng terdesak habis semua dikaitkan. ingat kerajaan tak da kerja lain kot.

    ReplyDelete