Batu Kawan - Program Jualan Sentuhan Rakyat yang digerakkan oleh UMNO diseluruh negara membuktikan bahawa selain pihak kerajaan yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat, UMNO turut sama memainkan peranan di peringkat bawah dengan menggerakkan seluruh jenteranya di semua peringkat bahagian untuk sama-sama turun padang dan membantu rakyat.
Program yang turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pasar raya besar Giant itu diharap dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seterusnya mendorong para peniaga untuk turut sama menurunkan harga barangan keperluan di masa depan.
YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia turut bersama-sama memeriahkan lagi program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Batu Kawan yang diadakan pada Ahad lalu di perkarangan rumah UMNO Bahagian Batu Kawan.
Turut bersama adalah Y.Bhg Datuk Mohd Noor Bin Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Saudara Mohamad Hilme Ibrahim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dan seluruh jentera UMNO Bahagian Batu Kawan dari semua sayap parti itu.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kira-kira 5000 pengunjung telah hadir dan rata-rata mereka menyambut baik program yang dilaksanakan dan berharap ianya dapat diteruskan serta diperluaskan lagi.
Jualan Sentuhan Rakyat, jualan murah bantu rakyat. Hari ini di depan pejabat #UMNO #BatuKawan #Penang. Semua barangan di bawah harga pasaran. Usaha #KPDNKK, Kjaan #BN @barisanasional. Jika peniaga beretika, #GST mmg boleh turunkan harga barang sbb cukai SST dulu lebih tinggi. pic.twitter.com/Fc8uF65QDq— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) February 25, 2018
Di food truck & gerai Jualan Sentuhan Rakyat #BatuKawan. Kos sara hidup lawan kos gaya hidup. Jika kurang duit tapi ingin bergaya, maka payahlah. Jika ingin bergaya, jadilah #BangsaUsahawan yg berjaya. Gigih usaha niaga pelbagai produk dgn ilmu terkini pengeluaran & pemasaran. pic.twitter.com/wkbmbR6AG1— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) February 25, 2018
0 comments:
Post a Comment