Sunday 4 February 2018

KR1M 2.0 Tawar 50 Barangan Berjenama Dengan Harga Lebih Murah


TEMERLOH, 4 Feb — Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ia antara penambahbaikan yang dilakukan terhadap Program KR1M yang diperkenalkan sejak 2011 selepas mengkaji kelemahan-kelemahannya berdasarkan maklum balas rakyat.

“Ada beberapa perubahan dari segi ciri KR1M terdahulu dan KR1M sebelum ini yang mana sebelum ini kita melaksanakannya di kedai yang khusus sahaja. Namun kali ini kita melaksanakannya di kedai yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG).

“Kita juga telah menentukan untuk tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama? sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KR1M 2.0 di pasar raya TMG, di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment