Thursday 8 February 2018

Kriteria Calon PRU ‘Tampan’, Seloroh Khairy


Meskipun sudah menghantar senarai calon kepada Presiden parti, namun Pemuda UMNO menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan muktamad.

Menurut ketuanya, Khairy Jamaluddin, kriteria calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya umum (PRU14) kali ini masih sama dengan sebelum ini.

“Calon yang boleh bekerja kuat, yang mesra rakyat yang ada ciri-ciri kepimpinan, bersih dan berintegriti tidak ada isu, mudah diterima penduduk setempat dan disokong pemimpin bahagian, itu ciri-ciri biasa, ” katanya selepas menghadiri sesi penggulungan persidangan Parlimen Belia Malaysia di Parlimen, Khamis.

Beliau dalam masa yang sama sempat berseloroh antara kriteria lain untuk dalam sayap pemuda.

“Kriteria calon? ‘Handsome’ (Tampan) kata Menteri Belia dan Sukan itu sambil ketawa.

Sebelum ini, Khairy berkata senarai calon yang diketengahkan oleh parti komponen dan sayap masing-masing kepada Pengerusi BN adalah individu yang berkelayakan dan berwibawa untuk dipilih bertanding.

Sambil menyatakan beliau sudah menghantar senarai calon daripada Pemuda UMNO untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan parti, Khairy meminta semua pihak agar tidak menimbulkan banyak spekulasi berkenaan calon muktamad BN pada PRU14 kerana ia boleh mewujudkan situasi tidak sihat.

0 comments:

Post a Comment