BUKIT BENDERA, 22 Feb – “Kalau tarif air di Pulau Pinang pun sudah empat kali dinaikkan, apakah Guan Eng fikir rakyat khususnya pengundi boleh percaya janji untuk hapuskan GST yang mana dengan penghapusan tersebut kerajaan akan kehilangan puluhan billion pendapatan,” bidas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng kononnya jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) maka GST akan dihapuskan dalam tempoh 100 haru pertama mengambil alih kuasa dan memulihkan Cukai Jualan dan Khidmat (SST).
Jelas Rafizal, jika disemak semula janji pembangkang beberapa pilihan raya lalu pelbagai janji yang enak-enak didendangkan tetapi apakah semua janji tersebut ditunaikan.
“Di Pulau Pinang sendiri apa caj yang dikurangkan untuk bantu rakyat? Setakat ini yang ada hanyalah caj air dinaikkan, caj parking, harga rumah melambung tinggi, peniaga kecil dihalau, caj katil dan pelbagai lagi. Itu belum lagi janji hapuskan tol Sungai Nyiur…
“Usahlah temberang nak bantu rakyat. Apa yang dia betul-betul bantu? Yang dia sibukkan nak buat terowong dasar laut di mana beratus juta sudah hangus untuk buat kajian. Rakyat dapat untung apa? Sekarang dia janji nak hapuskan GST… dia nak tipu siapa? katanya kepada UMNO-Online.
Justeru tegasnya, Pemuda UMNO Pulau Pinang mencabar Guan Eng untuk terlebih menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya yang lalu sebelum mula menyulam janji manis yang baru semata-mata mahu membeli jiwa rakyat.
Tambah beliau lagi, umum mengetahui bahawa pembangkang adalah pakar dalam membuat janji manis dan apabila hasrat mereka tercapai maka seribu dalih akan digunakan bagi mengelak janji tersebut ditunaikan.
“Sebab itulah dulu bila sudah berjaya menawan Selangor, mereka mula canang bahawa manisfesto yang dibuat bukan satu akujanji.
“Mereka harus ingat, rakyat tidak akan mudah lupa dengan segala pembohongan pembangkang. Janji Pembangkang adalah janji untuk dimungkiri,” sindir Rafizal. – MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment