Friday 2 February 2018

Pertumbuhan Hebat 2018 Bukti Negara Tidak Muflis


Ramalan kadar pertumbuhan 5.5 peratus bagi 2018 meletakkan Malaysia dalam kategori negara hebat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata unjuran itu jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat, 2.5 peratus, UK (1.4), Jepun (1.4), Jerman (2.4) dan Singapura (2.5).

“Unjuran pertumbuhan ekonomi global Bank Dunia untuk 2018 adalah 3.1 peratus iaitu 2.2 peratus untuk ekonomi maju dan 4.5 peratus untuk pasaran baru dan ekonomi negara membangun.

“Di rantau Asia Timur dan Pasifik, ramalan pertumbuhan ekonomi adalah 6.2 peratus hingga 6.4 peratus untuk China dan 5.3 peratus untuk Indonesia.

“Pertumbuhan ekonomi 2 hingga 3 peratus dianggap biasa manakala 5 peratus dan ke atas adalah dianggap hebat,” kata Bendahari UMNO itu menerusi blognya, Khamis.

Tegas Salleh, pembangkang sering melaungkan retorik yang menggambarkan Malaysia akan muflis, termasuk calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa negara akan hancur.

“Sebenarnya, ini merupakan pembohongan oleh pihak pembangkang.

“Apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka dakwa,”katanya.

0 comments:

Post a Comment