Sunday 25 February 2018

Projek Jejaskan Nelayan Pulau Pinang Ditentang


BALIK PULAU - Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong mana-mana projek pembangunan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang boleh menjejaskan kehidupan nelayan di negeri ini.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan nasib kebanyakan nelayan di sini masih tidak terbela sepenuhnya.

Sebagai contoh, beliau berkata, isu tebus tanah yang berlaku di beberapa kawasan termasuk di sekitar Gurney Drive, Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong sejak beberapa tahun lalu sehingga kini masih menimbulkan persoalan.

“Pampasan yang mereka dapat hasil tebus tanah tanah itu cuma RM15,000...sekali sahaja. Itu pun dua hari sebelum raya kerana nelayan-nelayan ini memang nak pakai duit. Jadi, terpaksa ambil sahaja.

“Tapi, lepas ini apa yang mereka hendak makan? Sekarang pun hasil ikan di kawasan tersebut semakin berkurangan dan kawasan pembiakan ikan juga mulai hilang,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang, hari ini. - Utusan Online

1 comments:

  1. jom tukar kerajaan penang.kerajaan dap dah tindas rakyat penang sejak jd pemerintah di penang.ini sebab kesilapan rakyat yang inginkan perubahan tp tersilap.

    ReplyDelete