Saturday 3 February 2018

Sebelum Mahu Selamatkan Malaysia, Selamatkan Pakatan Mereka Dahulu


PULAU PINANG – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyifatkan percanggahan pengumuman pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Sabah baru-baru ini memperlihatkan bagaimana celarunya kepimpinan pakatan pembangkang dalam menguruskan perkara penting seperti itu seolah-olah tidak ada komunikasi dan perbincangan sesama mereka sendiri.

Menurut beliau, biarpun pilihanraya umum ke 14 boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kepimpinan pembangkang masih lagi terus bercelaru dan tidak mampu untuk bersepakat untuk membuat keputusan dalam soal urus tadbir parti mereka sendiri.

“Jika soal mahu mentadbir parti sendiri pun, mereka masih lagi celaru dan tidak sepakat, bagaimana mereka mahu mentadbir negara yang sudah tentu lebih banyak masalah-masalah yang perlu mereka hadapi.

“Jika beginilah tahap profesionalisma pemimpin pembangkang sehingga dalam membuat keputusan bagi soal-soal penting seperti itu pun gagal mereka laksanakan, bagaimana rakyat mahu mengharapkan mereka boleh membuat keputusan yang terbaik dalam soal pentadbiran negara.

“Saya kira, inilah akibatnya apabila setiap parti pembangkang itu lebih mementingkan agenda politik kepartian masing-masing dan tidak ada matlamat bersama yang membuatkan mereka tidak habis-habis bertingkah dan bercanggah sesama sendiri,”jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah Jasmin, pembangkang sebenarnya hanya tahu bermain politik dengan memanipulasi isu-isu dan mengkritik kerajaan kononnya mereka lebih baik dan lebih mampu mentadbir, walhal mereka sendiri gagal mentadbir gabungan pakatan mereka sendiri.

“Sebelum nak selamatkan Malaysia, saya rasa pembangkang selamatkanlah gabungan parti mereka terlebih dulu sebelum gabungan mereka kali ketiga ini berkecai dan berpecah sepertimana yang berlaku dalam dua pakatan pembangkang sebelum ini.

“Dengan kecelaruan dan huru hara yang berlaku di dalam gabungan parti pembangkang yang dapat kita lihat hari ini, tidak mustahil gabungan kali ketiga pakatan pembangkang ini akan menerima nasib yang sama seperti gabungan sebelumnya.

“Lagipun tidak ada apa yang mahu diselamatkan oleh pembangkang, memandangkan negara kita hari ini berada di landasan terbaik dan segala pelaksanaan projek kerajaan untuk rakyat terus berjalan lancar, termasuklah ekonomi negara yang diramalkan akan terus berkembang di bawah pentadbiran kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya. - Umno Online

0 comments:

Post a Comment