Tuesday 13 February 2018

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina - Khairy Jamaluddin


Sempena kehadiran Tahun Baharu Cina kali ini, saya berkesempatan merakam sebuah mesej video bersama masyarakat Cina di Rembau.

Melalui pengalaman ini, saya memahami bahawa masakan ikan mempunyai banyak maknanya yang tersendiri, terutama semasa sambutan makan besar. Antara lain, hidangan itu melambangkan kemakmuran yang melimpah-ruah.

Terima kasih diucapkan terutama kepada Aunty Yin Fah, pemilik restoran Mui Fong di Pekan Rembau serta suaminya, Uncle Leong kerana sudi mengajar Jibreil dan saya untuk menyediakan hidangan istimewa berkenaan.

Buat masyarakat Tionghua secara keseluruhan, selamat bercuti dan selamat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga kemakmuran yang Malaysia nikmati selama ini akan terus kita kekalkan.

Xin nian kuai le. Wan shi ru yi. Nian nian you yu.

0 comments:

Post a Comment