Thursday 1 February 2018

Sokong BN, Melayu Dan Islam Selamat


Rakyat digesa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO-BN untuk terus mentadbir kerajaan demi mempertahankan kedudukan agama Islam.

Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamalrudin Omar berkata masyarakat perlu membuat pilihan tepat.

“Kalau nak selamatkan Melayu, Islam dan negara, rakyat kena bagi sokongan pada UMNO BN untuk terus memerintah.

“Generasi muda perlu diberi kesedaran. Pertarungan akan berlaku antara BN dan DAP ” katanya dalam Ceramah Isu- Isu Semasa Menjelang PRU14 di Jeli malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama 700 masyarakat setempat.

Dalam pada itu, sebelum mengakhiri ceramahnya, Kamalrudin mengingatkan semua berkenaan masa yang semakin suntuk untuk BN membuat perubahan.

“Kita tak banyak masa, yang penting jaga parti dan gerakan bagi memastikan perubahan berlaku di Kelantan untuk kita tawan negeri ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment