Wednesday, 7 February 2018

Tiga Penjuru Untungkan BN-UMNO


Keputusan PAS ingin bertanding di 20 kerusi DUN Pulau Pinang bakal memberikan kelebihan kepada BN Pulau Pinang mampu memperolehi majoriti lebih banyak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keyakinan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman itu bersandarkan kepada situasi pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku, melibatkan PAS, PH dan BN.

“Dengan pengumuman PAS bercadang bertanding 20 DUN di Pulau Pinang akan menjadikan sangat meriah. Kerusi majoriti Melayu hanya 15 yang akan ditandingi UMNO, ini bermakna PAS atau gagasan sejahtera akan bertanding di 5 kerusi tambahan yang mempunyai mengundi melayu melebihi 35 peratus, dengan harapan parti-parti dalam sejahtera akan bantu mendapatkan undi daripada  kaum-kaum lain.

“Parti-parti lain seperti PAP dan lain-lain juga akan meletakkan calon di banyak kerusi,” katanya.

Sebelum ini PAS Pulau Pinang dilaporkan bercadang untuk bertanding di 20 kerusi DUN Pulau Pinang pada PRU nanti.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata keputusan muktamad bertanding di 20 akan ditentukan pimpinan kanan parti Islam.

Tambah Zainal lagi, BN negeri juga sedang bersiap sedia menghadapi pertarungan itu.

“Kita pun dah berkhidmat kepada rakyat sejak dulu lagi, jentera parti yang setia dan kukuh serta perpaduan parti, janji dan perancangan masa untuk rakyat Pulau Pinang jadi agenda utama kita,” ujarnya lagi.

Sementara itu Zainal berkata, meskipun PH dibentuk sebagai satu gabungan yang dahulunya merupakan Parti Perikatan, namun DAP adalah parti utama yang masih berada dalam gabungan pembangkang itu.

“BN kekal BN sejak 44 tahun, seblum itu perikatan 17 tahun. Parti utama yan kekal dalam pembangkang sejak dahulu ialah DAP melalui gagasan rakyat, pakatan rakyat dan sekarang PH.

“Lepas ni nama apa pula? soalnya.

0 comments:

Post a comment