Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada individu dan blok tertentu yang cuba membuat kucar-kacir selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Berdasarkan kepada maklumat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Zahid berkata, pihaknya kini meneliti sumber dan maklumat yang diperoleh itu.
“Saya tahu ada pihak yang akan lakukan kejutan minit terakhir. Kami telah kenal pasti individu yang akan melakukannya dan kami telah kenal blok mana yang akan buat provokasi sedemikian.
“Saya tahu. Kami tahu individu yang mahu lakukan. Ini bukan amaran, ini bukan amaran, ini bukan amaran.
“Tindakan pasti akan sampai jika individu dan organisasi yang buat kejutan minit terakhir semasa PRU14,” katanya selepas Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Haron, Timbalan Menteri KDN, Dark Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memberikan amaran kepada mana-mana parti politik agar tidak mencetuskan kontroversi dan gangguan yang boleh mencetuskan rasa tidak selesa rakyat.
“Saya beri amaran kepada parti politik, jangan lakukan provokasi kepada polis. Jangan cuba wujudkan sebarang kekecohan di mana-mana lokasi.
“Pihak polis mengenali individu yang dikesan dan ada senarai serta tahu hotspot dan kenal pasti di manakah lokasi-lokasi mengejut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berharap agar PRU14 kali ini akan berakhir dengan aman dan PDRM diharap terus mengetatkan pemantauan semasa berlangsungnya pilihan raya nanti.
“PRU-14 ini harap paling aman dan tertib, tidak ada masalah kalau semua pihak kerjasama,” katanya lagi. - Bnbbc
0 comments:
Post a Comment