Wednesday 14 March 2018

Guan Eng Kitar Semula Janji Lama


Bukit Mertajam - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya kitar semula janji lama untuk memperdaya rakyat Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainol Abidin, itu yang dilakukan Guan Eng apabila dia sekali lagi berjanji mahu memansuhkan tol Sungai Nyior sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

"Guan Eng pada 2008 juga menggunakan janji yang sama ketika berkempen pada PRU12, namun sehingga kini dia gagal menunaikan janjinya untuk memansuhkan tol berkenaan," katanya.

Abu Bakar berkata, alasan yang diberikan Guan Eng kononnya kuasa untuk memansuhkan tol berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan itu dilihat sebagai helah untuk melepaskan diri sedangkan dia tahu dia hanya memberi harapan palsu kepada rakyat selama ini.

"Kalau dah tahu beliau tidak boleh lakukan perkara itu kenapa menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

"Isu tol ini sangat sensitif kepada rakyat terutamanya kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah. Beliau sengaja mahu meraih sokongan sedangkan dia tahu sangat mustahil perkara itu untuk beliau laksanakan," katanya ketika dihubungi.

Kelmarin dalam ucapan ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kompleks pasar awam dan tapak penjaja sementara di Jalan Tenggiri, Guan Eng berjanji akan memansuhkan tol Sungai Nyior di sini sekiranya Pakatan Harapan berkaya menawan Putrajaya pada PRU14 akan datang.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, bukan janji memansuhkan tol Sungai Nyior sahaja yang gagal ditunaikan Guan Eng, malah banyak lagi kata-kata manis yang dibuat oleh Ketua Menteri itu.

Beliau menyeru kepada rakyat di negeri ini agar tidak lagi terpedaya dengan janji manis pemimpin Harapan.

0 comments:

Post a Comment