Tuesday 13 March 2018

Hapuskan GST Tidak Lebh Daripada Mainan Persepsi Pakatan Harapan


Janji Pakatan Harapan diketuai DAP khususnya untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat tidak lebih daripada mainan persepsi dan langkah terdesak gabungan tersebut untuk menarik sokongan rakyat.

Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, Pakatan Harapan sepatutnya menyatakan apa pelan tindakan mereka di dalam manisfesto tersebut sekiranya cukai yang memberi hasil kepada pendapatan negara kira-kira RM40 bilion itu dihapuskan.

Katanya, jika diteliti manisfesto pakatan pembangkang itu hanya sekadar memberi harapan kepada rakyat dengan tidak mengukur sejauh mana kemampuan mereka untuk melaksanakan setiap janji.

“Jangan kita sekadar cakap, janji itu dan ini, hendak hapuskan GST tetapi tidak disertakan pelan tindakan untuk menyakinkan rakyat. Daripada mana hendak dapatkan sumber jika GST dihapuskan, semua itu perlu dinyatakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang antara lainnya menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari jika berjaya menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut beliau berkata, manifesto pakatan pembangkang jika dilihat sebenarnya hampir 80 peratus apa yang mereka tawarkan telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tidak ada apa yang baharu melainkan hanya janji-janji yang antaranya tidak masuk akal.

“Situasi tersebut berbeza dengan BN yang sentiasa realistik dalam setiap janji yang ditawarkan kepada rakyat.

“Cuba bandingkan dengan manisfesto BN persembahkan kepada rakyat pada pilihan raya 2013 yang menyaksikan hampir keseluruhan janji itu dilaksanakan,” katanya.- Utusan Online

0 comments:

Post a Comment