Sunday 4 March 2018

Jumlah Penjawat Awam Tidak Akan Dikurangkan


PULAU PINANG 4 Mac - Kerajaan tidak berhasrat mengecilkan jumlah penjawat awam di negara ini seperti yang pernah dibangkitkan oleh pembangkang sebelum ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, ‘idea’ berkenaan tidak pernah timbul sepanjang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini sentiasa wujud apabila secara purata seramai 30,000 hingga 38,000 penjawat awam berpencen setiap tahun.

“Oleh itu, rakyat  yang berkelayakan boleh memohon pekerjaan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Khabar angin yang mengatakan pengambilan kakitangan kerajaan dibekukan adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program khidmat sosial membaiki tiga rumah penduduk Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau di sini, hari ini.

Ujarnya, bagi menghadapi cabaran global, beberapa jawatan baharu yang memfokuskan bidang pekerjaan berdasarkan data saintifik dan analisis turut akan diwujudkan. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment