Sunday 18 March 2018

Lagi Gambar Guan Eng Bersama Datuk Seri Dikaitkan Rasuah Terowong Tular


KUALA LUMPUR 18 Mac - Sekeping lagi gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang individu bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan projek terowong dasar laut menjadi tular di laman sosial.

Ini merupakan gambar kedua Setiausaha Agung DAP itu bersama individu berkenaan selepas kali pertama tular kira-kira seminggu lalu.

Sekiranya gambar pertama memaparkan Guan Eng dan individu berkenaan di dalam kediaman, gambar kedua ini pula menunjukkan kedua-duanya berada di dalam kenderaan.

Gambar itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sarah Farhana dengan status: “Bukan ke Lim Guan Eng tidak kenal Datuk Seri ini? Habis itu, dua-dua duduk dalam kereta sekali ini buat apa?”.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua 11 Mac lalu, Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa media yang menyiarkan gambar beliau bersama ahli perniagaan tersebut.

Menurut kenyataan itu, adalah perkara biasa untuk pemimpin dikenali ramai seperti Guan Eng untuk bergambar dengan ramai individu termasuklah dengan yang tidak dikenalinya.

“Ini bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga cubaan menjijikkan untuk memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berdasarkan satu gambar,” jelas kenyataan itu. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment