Sunday 18 March 2018

Penduduk Permatang Pauh Digesa Tidak Terbuai Dengan Nostalgia Jika Ingin Perubahan


PERMATANG PAUH 18 Mac - Penduduk di kawasan Parlimen Permatang Pauh digesa berubah dan tidak boleh lagi terbuai dengan cerita lama atau nostalgia yang dimainkan pemimpin terdahulu di situ.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, hal ini demikian kerana, peruntukan yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak dapat disalurkan secara terus ke kawasan ini jika Permatang Pauh tidak berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jika setahun peruntukan untuk setiap Parlimen ialah RM6 juta, bayangkan Permatang Pauh ini yang sudah hampir 20 tahun tidak berada di bawah BN.

“Dalam hal ini, sudah berapa banyak rakyat rugi? Jadi, Permatang Pauh perlu ada Ahli Parlimen (BN) yang menerima peruntukan terus daripada Kerajaan Persekutuan selepas ini bagi memudahkan kita menyalurkan bantuan kepada rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Zainal Abidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Tabung Penyelenggaraan 1malaysia (TP1M) untuk kawasan Apartment Permata Blok O-T, di sini hari ini. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment