KUALA LUMPUR, 22 Mac – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan yang dibuat terhadap syarikat itu melalui portal dalam talian pada 20 Mac 2018.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas juga menafikan sebarang hubungan dengan firma perundingan data, Cambridge Analytica dan syarikat induknya, SCL Group.
Kerajaan Malaysia juga menjelaskan bahawa ia tidak pernah terlibat dengan firma atau syarikat induknya dalam apa cara sekalipun.
Cambridge Analytica adalah firma perundingan politik berpangkalan di London yang telah dituduh mengambil data peribadi sehingga 50 juta pengguna Facebook tanpa kebenaran untuk membantu Donald Trump dalam kempen presiden AS pada 2016.
0 comments:
Post a Comment