Tuesday 20 March 2018

Polis Siasat Dakwaan Guan Eng Perguna Kanak-Kanak


Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politik dalam satu program di negeri itu pada Sabtu.

Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan memanggil beliau untuk mengambil keterangan,,” katanya di Georgetown hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Parti Pulau Pinang , Datuk Patrick Ooi, Pengerusi Persatuan Kebajikan Lebihan Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain dan presiden Persatuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Mohd Ibrahim A Siahoo membuat laporan untuk meminta polis membuat siasatan.

Laporan itu berlaku selepas video berdurasi 32 saat yang memaparkan Guan Eng cuba menyemai kebencian politik dalam kalangan kanak-kanak menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan kandungan video itu, Guan Eng mengajak kanak-kanak serta orang ramai yang hadir menyanyikan lagu A, B, C yang ditukar lirik yang didakwa untuk kempen anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). - Bnbbc

0 comments:

Post a Comment