Wednesday, 21 March 2018

Poster pembohongan DAP Tarik Perhatian Orang Ramai


PULAU PINANG – Poster yang mengecam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disebarkan di beberapa kawasan di sekitar negeri ini pagi ini menarik perhatian orang ramai.

Poster bertulis `Temberang Pakatan Harapan, 10 Tahun 51 Janji Kosong’ itu mula dikesan ditampal dan diedarkan di beberapa kawasan awal pagi ini.

Antara kawasan itu adalah di sekitar pusat bandar Georgetown serta beberapa kawasan di Butterworth dan Perai.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Kerajaan DAP Pulau Pinang dan mula ditanggalkan pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjelang tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan negeri, Teng Chang Yeow mengakui pihaknya menyedari mengenai penyebaran poster berkenaan sejak tengah malam tadi.

“Poster itu adalah tindakan tepat untuk mengingatkan penduduk negeri ini berkenaan dengan sekian banyak janji yang dibuat oleh DAP tetapi tidak dilaksanakan sepanjang pemerintahan mereka,” katanya. - Utusan Online

0 comments:

Post a comment