Thursday 15 March 2018

Program Jualan Sentuhan Rakyat Bukan Sogok Rakyat Untuk PRU14


Program Jualan Sentuhan Rakyat bukan sogokan kerajaan kepada masyarakat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Sha buddin Yahya berkata ia adalah program semasa yang diadakan mengikut keadaan dan keperluan apabila harga barang meningkat naik, maka kerajaan akan mencari jalan supaya rakyat dapat membeli barangan pada harga yang murah.

“Pembangkang cemburu dan panas hati apabila melihat perlaksanaan Program Jualan Sentuhan Rakyat, memang program ni dibuat jarang sekali tapi dibuat bila ada keperluan, sekarang mendakwa harga barang naik dan rakyat terbeban, jadi kerajaan ambil sifat semasa dengan mengadakan program jualan sentuhan rakyat.

“Kalau tak baik dan tak datangkan faedah, kenapa anjuran ini ribuan rakyat dalam kawasan ini ramai yang ambil peluang untuk mereka dapatkan harga barang yang lebih murah?” soalnya ketika membahaskan titah Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Rabu.

Tambah Shabuddin lagi hasil daripada program tersebut, setiap keluarga dapat menjimatkan RM200 daripada membeli barangan di pasaraya.

“Jangan kita api-apikan dan racuni fikiran rakyat itu adalah satu sogokan semata-mata. Kita mampu laksanakan sebulan lepas dan berterusan sehingga hari ini,” ujarnya lagi.

Shabuddin dalam masa yang sama turut berkata setiap perkara yang berlaku dalam negara tidak boleh hanya memperlihat salah kerajaan semata-mata kerana pertimbangan perlu diambil dengan melihat apa yang diusahakan juga oleh pembangkang.

Jelasnya apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang jauh berbeza dan lebih menekan rakyat jika dibandingkan dengan apa yang didakwa mereka terhadap kerajaan.

“Kenaikan cukai premium tanah, cukai projek perumahan, kenaikan tariff air di Pulau Pinang, apa benda turun? Tak ada benda turun, Selangor sama juga, jangan hanya lihat sebelah pihak,” tegasnya lagi. - bnbbc

0 comments:

Post a Comment