Saturday 10 March 2018

Projek Terowong Tidak Terkandung Dalam Manifesto Kerajaan DAP Pulau Pinang


PULAU PINANG 10 Mac - Projek pembinaan terowong dasar laut tidak pernah dimasukkan ke dalam manifesto Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau pelik mengapa mereka begitu beria-ria mempertahankan projek berkenaan selama ini.

"Isu terowong itu juga diselubungi pelbagai persoalan kontroversi dan mereka tidak dapat menjawab semua dengan baik. Mengapa mereka masih mempertahankan projek itu sedangkan janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto sebelum ini tidak ditunaikan?" soalnya.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat bersama Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian serta Kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment