Sunday 18 March 2018

PRU-14: Manifesto BN P. Pinang Dijangka Lebih Komprehensif


PERMATANG PAUH 18 Mac - Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan sebaik sahaja manifesto peringkat Pusat dibentangkan 7 April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, manifesto BN negeri itu merupakan hasil daripada perbincangan pelbagai pihak sejak lebih setahun lalu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah kandungan manifesto itu menyeluruh dan lebih komprehensif berbanding sebelum ini.

“Ia merupakan ‘aku janji’ terbaik untuk penduduk negeri ini, jadi sama-sama kita tunggu apabila tiba masanya nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, seperti Kerajaan DAP Pulau Pinang, pihaknya juga akan menetapkan mana-mana projek yang perlu dihentikan atau diteruskan di negeri ini sekiranya berpeluang membentuk kerajaan selepas PRU-14.

“Kami bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat kepada kerajaan negeri dan kami juga bersedia sekiranya diberi tanggungjawab sebagai kerajaan negeri kerana telah berpengalaman (sebagai kerajaan) selama berpuluh-puluh tahun sebelum ini,” katanya. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment