Friday 23 March 2018

Pulau Pinang: 207 Anggota Polis Terima Bantuan Khas Banjir


BALIK PULAU 23 Mac - Seramai 207 anggota polis pelbagai pangkat dari ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang terlibat dengan bencana banjir tahun lepas menerima bantuan khas berjumlah RM250 tiap seorang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 1,306 penerima yang disenaraikan untuk bantuan tersebut di kawasan Parlimen ini yang disempurnakan penyerahannya oleh Ahli Parlimen Balik Pulau sendiri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dalam satu majlis di kawasan perumahan polis, Bayan Indah dekat sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut merasmikan sebuah dewan terbuka serbaguna bernilai RM200,000 untuk kegunaan komuniti polis di situ.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Muhammad Yusoff Wazir serta beberapa kenamaan lain. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment