Saturday 3 March 2018

Syarikat Penyediaan Makanan Perlu Bertanggungjawab - Hilmi


BALIK PULAU 3 Mac - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap pengendali sebuah katerer swasta sekiranya didapati bersalah menyebabkan kira-kira 76 kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang daripada Jabatan Anestesiologi mengalami keracunan makanan sejak Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan itu akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

"Sudah tentu mereka boleh dikenakan tindakan jika terbukti makanan yang mereka sediakan itu tidak bersih," katanya.

Pengarah HTAR, Dr. Ding Lay Ming sebelum ini dipetik sebagai berkata, kesemua kakitangannya mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan yang disediakan pihak katerer swasta, bukannya dari hospital tersebut.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa insiden tersebut tidak menjejaskan pembedahan kecemasan serta perkhidmatan rawatan intensif di hospital itu. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment