BUTTERWORTH, 15 April – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan enam teras utama bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.
Enam teras yang diberi keutamaan termasuklah penyelesaian masalah banjir dan penggondolan bukit, penyelesaian masalah Perumahan Rakyat, penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelancongan serta warisan.
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata manifesto ini dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti-parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.
“Manifesto ini merupakan perjanjian dan perlu dilaksanakan sekiranya BN menang di negeri ini,” katanya dalam ucapan perasmian manifesto di sini hari ini.
Majlis pelancaran manifesto BN negeri yang dilancarkan Teng turut dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi MCA negeri Datuk Tan Teik Cheng. - Bernama
Memang puas hati manifesto ni..
ReplyDeleteMemang simple tapi padat dan tepat kpd apa yg rakyat mahukan..
Terbaik..