Wednesday, 25 April 2018

BN P. Pinang Tampil 60 Peratus Calon Baharu


PULAU PINANG - Barisan Nasional (BN) negeri akan menampilkan 60 peratus atau 31 daripada 53 calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Secara keseluruhan, UMNO meletakkan 40 peratus calon baharu manakala Gerakan dan MCA masing-masing menampilkan 43 dan 75 peratus muka baharu.

Sementara itu, MIC turut ‘berwajah baharu’ apabila meletakkan 100 peratus muka baharu untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai dan Bagan Dalam.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, tujuh daripada keseluruhan calon muka baharu itu berusia bawah 40 tahun manakala calon termuda berusia 32 tahun.

“Daripada baki 22 calon yang juga muka lama, 10 merupakan penyandang kerusi masing-masing manakala 12 lagi adalah calon yang bertanding semula,” katanya yang memberitahu, BN negeri turut meletakkan enam calon wanita untuk bertanding kali ini.

Pengumuman senarai penuh calon dibuat Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar di ibu pejabat Gerakan negeri, di sini hari ini. - Utusan Online

0 comments:

Post a comment