Saturday 14 April 2018

Ekspo Pemuda 2018 Bukti Pemuda BN Bukan ‘Tin Kosong’ – Khairul Azwan


KUALA LUMPUR, 14 April – Pengerusi Ekspo Pemuda 2018 Senator Khairul Azwan Harun berkata, mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan kononnya program yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional (BN) hanyalah satu gimik pilihan raya sebenarnya hanyalah tin kosong dan tidak mampu untuk melakukan apapun bagi membantu golongan muda.

Jelas beliau, Pemuda BN tidak pernah berputus asa dalam mencari penyelesaian bagi anak muda mencapai aspirasi mereka demi masa hadapan yang lebih baik.

“Ekspo Pemuda ini adalah penjenamaan semula bagi program Karnival Kerjaya yang kita anjurkan dulu. Ini adalah program kita yang ke-38 dan yang terbesar dan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan.

“Saya mahu tekankan di sini bahawa ramai yang mempersoalkan kenapa bila pilihan raya sudah dekat baru kelihatan Pemuda BN menganjurkan program. Sebenarnya sejak dari 2011 kita telah menganjurkan karnival kerjaya tetapi waktu itu dipanggil Karnival Kerjaya tetapi dijenamakan sebagai Ekspo Pemuda di mana bukan sahaja ada peluang kerjaya tetapi ada rumah mampu milik, keusahawanan dan latihan Tvet. Kita gabungkan empat perkara ini dalam satu bumbung”, jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program perasmian ekspo tersebut yang telah disempurkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Azwan seterusnya berkata program Pemuda BN ini tidak akan berhenti di sini sahaja bahkan pihaknya tidak menunggu sehingga pilihan raya tamat untuk membuat program.

“Program ini telah dirancang beberapa bulan yang lalu kebetulan tarikhnya pada 15 April jadi ia diteruskan,” ujarnya.

Tambah beliau walaupun manifesto khusus anak untuk anak muda yang dilancarkan baru-baru ini adalah janji untuk lima tahun akan datang namun pemuda BN tidak menunggu untuk melaksanakan janji tersebut dan ekspo ini adalah buktiknya.

“Baru-baru ini dilancarkan manifesto khusus untuk anak muda yang dipanggil jaminan orang muda. Kita memberi akujanji dan manifesto pilihan raya dan program yang akan dibuat. Tetapi kita tidak tunggupun. Ekspo Pemuda ini buktinya.

“Saya juga ingin tekankan bahawa proram kali ini juga menyediakan peluang kerjaya dan latihan masa hadapan dan untuk kerjaya dalam revolusi indsutri 4.0 termasuk juga digital ekonomi.

“Apa yang penting adalah peluang untuk anak muda ekses kepada latihan dan membantu diri mereka bagi mendapat kerjaya masa hadapan yang lebih baik,” ujar beliau.

Ekspo Pemuda yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan Tun Razak 1 PWTC mensasarkan penglibatan akademik, pembeli hartanah, graduan, pelabur, pekerja profesional, penyedia perkhidmatan dan juga pelajar yang mencari tempat latihan industri.

Pelbagai aktiviti disusun bagi memberi pendedahan yang lebih medalam kepada pengunjung seperti temuduga secar terus, klinik resume, cabutan bertuah, cermaah dan bengkel kerjaya selain rundingan program keusahawanan. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment