Saturday 7 April 2018

Kerajaan Dap P.Pinang Sombong, Angkuh, Penuh Skandal… Pemuda Harus Bawa Gelombang Perubahan


TASEK GELUGOR, 7 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata, para pengundi di Pulau Pinang harus membawa gelombang perubahan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana kerajaan negeri yang dipimpin oleh Dap sudah terlalu angkuh dan sombong selain terpalit dengan pelbagai skandal.

Jelas beliau, sekiranya BN diberi peluang kembali ke negeri ini, sudah pasti pelbagai pembangunan dan kemudahan diberi kepada rakyat khususnya golongan muda.

“Pelancaran jentera di sini kebetulan sama dengan hari pembubaran parlimen. Jadi dari sinilah kita akan cetuskan gelombang BN untuk bawa perubahan.

“10 tahun sudah terlalu lama.. kerajaan negeri sudah angkuh.. 10 tahun pemimpin negeri Pulau Pinang jadi sombong.. 10 tahun sudah terpalit dengan macam-macam skandal, terowong la, banjir la…

“Sebab itu kali ini kita kena bawa satu perubahan maka saya merayu kepada pengundi di sini supaya keluar mengundi untuk undi BN di Pulau Pinang,” ujar beliau dalam ucapan perasmian Briged Pemuda BN peringkat negeri Pulau Pinang.

Khairy turut menyeru agar para pengundi membantu parti mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada PRU lalu selain berusaha menawan kerusi Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

 “Jika kita menang, kita akan bina lebih banyak rumah mampu milik untuk orang muda… kerajaan negeri sekarang ada bantu usahawan muda di sini? Ada bagi pinjaman? Ada bagi geran? Jika kita menang, saya akan pastikan nasib usahawan muda akan terus terbela,” tambah beliau.

Dalam program yang sama Khairy turut mengumumkan pembinaan kompleks sukan di Tasek Gelugor.

“Selepas parlimen bubar saya tidak boleh umumkan sebarang peruntukan tetapi keputusan ini telah dibuat lama, sebelum parlimen bubar.

“Jadi, sebagai Menteri Belia dan Sukan sementara, saya umumkan pembinaan kompleks sukan di Tasek Gelugor yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan sebelum ini… ketika parlimen belum dibubarkan,” ujarnya.

Siri akhir jelajah Briged Pemuda BN ini menyaksikan kehadiran kira-kira 5,000 orang pemuda yang menzahirkan siap siaga untuk membantu parti memenangi PRU-14 kali ini. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment