Friday 13 April 2018

Lebih 50,000 Peluang Pekerjaan Dan Pelbagai Pameran Jadi Tarikan Expo Pemuda 2018


KUALA LUMPUR, 13 April –  Expo Pemuda 2018 dijangka menawarkan lebih 50,000 peluang pekerjaan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan  selain pelbagai pameran yang menghiasi program terbabit.

Expo tersebut yang akan berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  bermula esok akan dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan merasmikannya Sabtu pagi.

Expo berkenaan akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Dewan Tun Razak 1 dan 2 PWTC antara lain memfokuskan empat perkara iaitu pameran kerjaya, latihan kemahiran, dana keusahawanan dan rumah mampu milik

Pengunjung khususnya anak muda berusia 40 tahun ke bawah dari seluruh negara dialu-alukan mengunjungi ekspo berkenaan dalam usaha membuka ruang serta menjalin hubungan dengan pelbagai sektor industri serta pelbagai peluang lain dalam bidang kemahiran dan sebagainya.

Expo berkenaan merupakan acara tahunan yang dilaksanakan saban tahun dan dijangkakan pada tahun ini adalah secara besar-besaran dengan penglibatan menyeluruh pelbagai pihak dalam industri dan sebagainya. –MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment