KEPALA BATAS - Seramai 63 usahawan muda yang terdiri daripada lepasan GiatMara menerima pakej bantu-an meliputi motosikal serta kotak peralatan yang mengandungi set peralatan kemahiran dan kursus asas keusaha-wanan di bawah Program Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur@ KKLW di sini, hari ini.
Jumlah penerima itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 118 peserta di negeri ini yang menerima pakej bantuan tersebut yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dengan adanya pakej bantuan itu, ia memudahkan peserta menjalankan perniagaan atau perkhidmatan bergerak masing-masing.
Katanya, antara perkhidmatan tersebut termasuk berkaitan jahitan, automotif, gunting dan dandanan rambut, penghawa dingin, motosikal, komputer, elektrikal, fotografi serta perkhidmatan solekan dan terapi kecantikan. - Utusan Online
0 comments:
Post a Comment